My Kawaii Blog

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


assalamualaikum!welcome to my blog . at first aku nak ucapkan berjuta-juta terimakasih sebab korang sudi untuk jenguk belog aku yang tak seberape ni, and I wish you Happy reading my blog. Thanks!ikhlas dari aku irisha fatihah.

Status : saya Nur irisha Fatihah berbesar hati pada hari ni sebab ko sudi datang belog aku ni walaupun korang tak bace korang klik ke page ni pun dah buat aku punye hati kembang kuncup dah. bye :D


Tagboard
Footprints here!



Credits

Basecode: MissBunnie.
Full edit: Zalfa
awner blog: cisha aldama

pray for Gaza

Assalamualaikum  
Rasa sebak tiba-tiba menyapa cisha.
dalam entrie ni saya menulis dalam mood yang kosong tak tahu rasa apa yang sedang dialami oleh saya.
rasa sakit,benci,takut,marah,sedih semua bercampur-baur menjadi satu perasaan yang sukar difahami dan dijiwai.
sampai terfikir yang perasaan ini sedang dimasukkan dalam periuk dan dikacau menjadi tomyam yang sdah dimasak.
bercampur dengan tomato,serai,ayam,sotong, and etc malas nak tulis.

Cerita yang sebenar-benarnya adalah. Tadi on9 twitter banyak sangat tweet pasal gaza and Israel. 
yang lebih menakutkan ada ura-ura mengatakan bahawasanya Negara yang terakhir diserang Israel adalah Negara berbentuk jantung (Malaysia) dan ada ramalan mengatakan 24,25,26 disember 2012 seluruh dunia akan black-up dan bumi akan berputar kearah kiblat. Tak tahulah benar atau tidak.
mungkin ada pihak yang sengaja membuka topic ini untuk menakutkan kita (umat Islam).
perbanyakkan berdoa untuk saudara kita disana (palestin). Die orang bermati-matian memperjuangkan Islam kita disini boleh senang-senang goyang kaki tengok MRLM. Siap berbakul-bakul ketawa lagi kita hamburkan
untuk program tersebut,sampai nak runtuh rumah dibuatnya. Alhamdulillah lah rumah aku takde astro. Berterima kasih kat mak :D

jom berdoa untuk saudara kita disana ;)

                                                               Amin… :)

Perbanyakkan Qunut Nazilah

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim,
Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk
mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :

            "Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW
membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).
Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab
Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca
setiap kali sholat fardhu.

ERTI DOA QUNUT NAZILAH:
à Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah
dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
 Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu 
selepas membaca
sami Allah’huliman hamidah, robbana lakalhamdu.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut: 
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca
doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas
solat.
• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar
mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
 
Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin
dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman,
penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah. Inilah Doa Qunut Nazilah 

(Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) : 

Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaat
Wal muslimiina wal muslimaat
Wa allif baina quluubihim
Wa ashlih dzaata bainahum
Wanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim
Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziina
Yukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa aka
Alloohumma khollif baina kalimaatihim
Wazalzil Aqdaamahum
Wa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anil
qaumil mujrimiin
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Allohumma innaanasta'iinuka
Ertinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan
mukminat,Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh -
musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang
kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,Hancur leburkan kekuatan
mereka,Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk
orang-orang yang penuh dengan dosa ...
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu”
Takbir!
Ikhlas,
cisha-aldama